Saturday, March 17, 2007

Asal Usul HIV

HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah dari contoh darah yang diambil dari seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Demokratik Republik Congo.(Bagaimana dia dijangkiti tidak diketahui.) Analisa genetik ke atas sempel darah ini menandakan kemungkinan ia berasal dari satu virus di akhir tahun 1940-an atau awal 1950-an.

Kita tahu bahawa virus ini telah wujud di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya di pertengahan tahun 1970-an. Dari 1979-1981 pneumonia, barah and penyakit-penyakit luar biasa dilaporkan oleh para doktor di Los Angeles dan New York dikalangan pesakit-pesakit lelaki homoseksual. Keadaan pesakit-pesakit ini jarang didapati di kalangan orang yang mempunyai immunisasi yang sihat.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakkan istilah "acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan oportunistik (OIs, Kaposi's Sarcoma (sejenis barah), and Pneumocystis Carinii pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Perlaporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).

Buat satu masa, para saintis berteorikan tentang asal usul HIV dan bagaimana ia menampulkan diri di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan kaji-saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, strain utama virus HIV di negara-negara maju. Satu subspesis chimpanzee, asal di Equatorial Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca asli virus ini. Para kaji-saintis ini percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah chimpanzee yang dijangkiti oleh virus ini.


1 comment:

Anonymous said...

ponglif.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading ponglif.blogspot.com every day.
quick loans
payday loans in canada